Template Bank ni saya design cantik-cantik untuk kegunaan saya sendiri. Bila ada customer mintak nombor akaun, saya kasi gambar ni je. Ianya nampak lebih bergaya dan professional. Customer pun suka sebab mudahkan kerja dia. Barulah laju dia nak buat bayaran.
Contoh macam kat bawah ni.
Hari ni saya nak beri template ini kepada semua orang. Ada 8 jenis bank semuanya. CIMB, Maybank, BSN, Bank Islam dan banyak lagi. Nanti kalian boleh edit bubuh Nombor Akaun dan Nama Akaun masing-masing. Nak letak logo bisnes pun boleh. Terpulang pada kreativiti kalian. Asalkan tak jahanamkan gambar asal sudah laa.
Saya cadangkan kalian edit guna aplikasi Canva atau Phonto. 2 apps ini lebih simple dan mudah. Kalau sekadar nak masukkan tulisan sahaja boleh juga guna apps Snapseed. Terpulang okay?
BERAPA HARGA TEMPLATE NI?
Sejujurnya template siap seperti ini biasanya bernilai RM15 setiap satu. Tapi harini kalian tak perlu risau. Tak perlu bayar apa-apa untuk 8 Template ini. Saya nak bagi semua orang guna PERCUMA sahaja. Cuma kena ingat, waktu checkout nanti pastikan kalian masukkan Kod Kupon seperti di bawah.
MERDEKA 2021
(Jangan lupa klik button Tuntut selepas masukkan kod kupon di atas.)
Nota: Template ini PERCUMA jika anda menggunakan KUPON yang disediakan. Sebarang refund tidak akan dilayan jika ada sebarang pembayaran yang dibuat.
Selepas itu kalian akan terima email yang mengandungi download link. Dalam email tu juga saya selitkan satu permintaan. Saya harap ada yang sudi bantu.
Terima kasih,
Hilmi Jailani
Nota: Template ini PERCUMA jika anda menggunakan KUPON yang disediakan. Sebarang refund tidak akan dilayan jika ada sebarang pembayaran yang dibuat.